Qawiy
Kembali ke kitab ini
Sunan Abi Dawud 530
Doa ketika azan Maghrib
Perawi: Ummu Salamah r.a.
Penomboran: Sunnah.com · Juga: Sunnah.com 3589 (Riwayat sepadan dalam Jami‘ al-Tirmidhi, dengan lafaz “istiqbalu laylika” dan tambahan “wa hudura salawatika”.)
حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ إِهَابٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْوَلِيدِ الْعَدَنِيُّ، حَدَّثَنَا الْقَاسِمُ بْنُ مَعْنٍ، حَدَّثَنَا الْمَسْعُودِيُّ، عَنْ أَبِي كَثِيرٍ مَوْلَى أُمِّ سَلَمَةَ، عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ: عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقُولَ عِنْدَ أَذَانِ الْمَغْرِبِ: «اللَّهُمَّ إِنَّ هَذَا إِقْبَالُ لَيْلِكَ وَإِدْبَارُ نَهَارِكَ وَأَصْوَاتُ دُعَاتِكَ فَاغْفِرْ لِي».
Ummu Salamah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. mengajarku supaya mengucapkan ketika azan Maghrib: “Ya Allah, sesungguhnya ini adalah datangnya malam-Mu, perginya siang-Mu, dan suara para penyeru-Mu; maka ampunilah aku.”
Darjat
Daif
Al-Albani
Hukum al-Albani dalam Sunan Abi Dawud 530
Gharib
Imam al-Tirmidhi
Jami‘ al-Tirmidhi 3589
Beliau menambah: “Hafsah binti Abi Kathir — kami tidak mengenalinya, dan tidak juga bapanya.”
Beramal dengan hadis daif dalam fadhilat amal
Imam al-Nawawi menulis dalam al-Azkar: “Para ulama daripada kalangan ahli hadis, fuqaha dan selain mereka berkata: harus dan digalakkan beramal dalam bab fadhilat, targhib dan tarhib dengan hadis daif, selagi ia bukan hadis palsu (mawdu‘).” Adapun hukum-hakam seperti halal dan haram, jual beli, nikah dan talak — tidak boleh disandarkan melainkan kepada hadis sahih atau hasan.
Syarat yang disebut Ibn ‘Allan dalam al-Futuhat al-Rabbaniyyah (1/84): (1) hadis itu bukan palsu dan bukan daif yang teramat sangat; (2) ia termasuk di bawah sesuatu asas umum atau kaedah kulli yang telah sabit; dan (3) ketika beramal dengannya, seseorang tidak beriktikad bahawa ia sabit daripada Nabi s.a.w., sebaliknya beramal atas dasar berhati-hati.
Al-Azkar, al-Nawawi — fasal hukum beramal dengan hadis daif
Nota
Inilah doa ma’thur pembuka bagi Wirid Rabitah, yang dibaca ketika matahari terbenam. Bahagian selebihnya kad 43 ialah doa ikatan hati susunan Imam Hasan al-Banna, bukan riwayat.
Lafaz al-Tirmidhi berbeza sedikit: “Allahumma hadha istiqbalu laylika…” dengan tambahan “wa huduru salawatika” (dan hadirnya solat-solat-Mu).